Sunday 12 October 2014

BAB 4~

Perkhidmatan Awam
ØPerkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tanggungjawab kepada YDPA atas nasihat Jemaah Menteri untuk menentukan perizaban bagi orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak
Ekonomi
ØUsaha kerajaan adalah untuk menghapuskan pengenalan bangsa mengikut pekerjaa, terutama bidang perniagaan yand didominasi oleh bangsa asing
ØOleh itu, kerajaan mermperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada 1970 an dengan harapan orang Melayu akan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah kegiatan perdagangan dan perindustrian


ØUndang-undang Persekutuan menggariskan jika sesuatu permit atau lesen yang dikhendak bagi menjalankan urusan perniagaan dan perdagangan, YDPA harus mengeluarkan arahan kepada yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan permit atau lesen

Pendidikan
ØPada zaman penjajahan British, orang Melayu tidak ramai yang berpendidikan sama ada rendah mahupun menengah
ØOrang Melayu tidak boleh ketinggalan dalam bidang pendidikan justeru, kemudahan khas perlu diadakan agar orang Melayu dapat bersaing dengan kaum lain dalam sektor pendidikan
ØFasal 2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan YDPA bertanggungjawab melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perizaban kepada mereka seperti biasiswa, bantuan dan keistimewaa pelajaran dan lain-lain kemudahan pelajaran yang diadakan oleh kerajaan Persekutuan

Apa itu Kebebasan Diri?
ØPerkara mengenai kebebasan diri telah diperuntukkan dalam Fasal 1, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tidak seorang boleh mengambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya melainkn menurut undang-undang
ØKebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan terbahagi kepada tujuh ciri

Keabdian dan Kerja Paksa
ØPerkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tidak seorang boleh ditahan sebagai hamba abdi dan kerja paksa tetapi undang-undang Persekutuan boleh membuat perkhidmatan kerahan untuk negara
ØPerkara 7-tidak seorang boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang dan tidak sesiapa boleh menanggung hukuman lebih berat daripada yang ditetapkan pada masa kesalahan dilakukan
ØFasal 2 memperuntukkan sesorang yang telah dibebaskan ataupun disabitkan kesalahan tidak boleh dibicarakan  sekali lagi atas kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintah oleh mahkamah atasan

2. Kesamarataan di Sisi Undang-undang

ØFasal 2 memperuntukkan sesorang warganegara tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir
3. Larangan Buang Negeri dan Kebebasan Bergerak
ØPerkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tidak seorang pun warganegara boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke Persekutuan
ØKeadaan ini tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan Persekutuan
4. Kebebasan bercakap,berhimpun dan menubuhkan persatuan
ØPerkara 10 memperuntukkan kebebasan kepada semua warganegara untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan tetapi parlimen boleh mengenakan sekatan difikirkan perlu demi mrnjaga keselamatan

5. Kebebasan Beragama
ØPerlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, namun setiap warganegara Malaysia berhak mengamalkan agamanya sendiri
ØUndang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam
ØDi Sabah dan Sarawak, undang-undang negeri yang ingin menyekat apa-apa agama, iktikad dan kepercayaan dalam kalangan orang Islam berkhendaki undi sebanyak 2/3 daripada jumlah bilangan anggota Dewan Undangan Negeri

6. Kesamarataan dalam Pelajaran
ØPerkara 12 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan tentang hak mengenai pelajaran
ØTiap-tiap kumpulan agama diberi kebebasan untuk menubuhkan dan menyelenggarakan yayasan-yayasan untuk pelajaran kanak-kanak atau mengenai agama kumpulan itu
ØTidak terdapat perbezaan semata-mata sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan yayasan itu
ØTidak seorang diwajibkan menerima apa-apa ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang bagi sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri
7. Hak untuk harta
ØPerkara 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tidak seorang boleh dilucutkan hartanya, kecuali menurut undang-undang


4.5 Kesimpulan
ØKesimpulannya, kita telah didedahkan dan dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang Perlembgaan Malaysia
ØPerlembagaan tersebut berjaya melicinkan pentadbiran dan mewujudkan keamanan negara
ØPelembagaan merupakan tunjang perpaduan kaum di Malaysia
ØPerlembagaan juga dasar pembentukkan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia
ØSistem demokrasi di Malaysia sangat berbeza dengan negara lain oleh kerana terdapatnya peruntukan peruntukan utama yang tertentu

No comments:

Post a Comment