Sunday 12 October 2014

BAB 4~

Perkhidmatan Awam
ØPerkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tanggungjawab kepada YDPA atas nasihat Jemaah Menteri untuk menentukan perizaban bagi orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak
Ekonomi
ØUsaha kerajaan adalah untuk menghapuskan pengenalan bangsa mengikut pekerjaa, terutama bidang perniagaan yand didominasi oleh bangsa asing
ØOleh itu, kerajaan mermperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada 1970 an dengan harapan orang Melayu akan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah kegiatan perdagangan dan perindustrian


ØUndang-undang Persekutuan menggariskan jika sesuatu permit atau lesen yang dikhendak bagi menjalankan urusan perniagaan dan perdagangan, YDPA harus mengeluarkan arahan kepada yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan permit atau lesen

Pendidikan
ØPada zaman penjajahan British, orang Melayu tidak ramai yang berpendidikan sama ada rendah mahupun menengah
ØOrang Melayu tidak boleh ketinggalan dalam bidang pendidikan justeru, kemudahan khas perlu diadakan agar orang Melayu dapat bersaing dengan kaum lain dalam sektor pendidikan
ØFasal 2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan YDPA bertanggungjawab melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perizaban kepada mereka seperti biasiswa, bantuan dan keistimewaa pelajaran dan lain-lain kemudahan pelajaran yang diadakan oleh kerajaan Persekutuan

Apa itu Kebebasan Diri?
ØPerkara mengenai kebebasan diri telah diperuntukkan dalam Fasal 1, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tidak seorang boleh mengambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya melainkn menurut undang-undang
ØKebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan terbahagi kepada tujuh ciri

Keabdian dan Kerja Paksa
ØPerkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tidak seorang boleh ditahan sebagai hamba abdi dan kerja paksa tetapi undang-undang Persekutuan boleh membuat perkhidmatan kerahan untuk negara
ØPerkara 7-tidak seorang boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang dan tidak sesiapa boleh menanggung hukuman lebih berat daripada yang ditetapkan pada masa kesalahan dilakukan
ØFasal 2 memperuntukkan sesorang yang telah dibebaskan ataupun disabitkan kesalahan tidak boleh dibicarakan  sekali lagi atas kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintah oleh mahkamah atasan

2. Kesamarataan di Sisi Undang-undang

ØFasal 2 memperuntukkan sesorang warganegara tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir
3. Larangan Buang Negeri dan Kebebasan Bergerak
ØPerkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tidak seorang pun warganegara boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke Persekutuan
ØKeadaan ini tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan Persekutuan
4. Kebebasan bercakap,berhimpun dan menubuhkan persatuan
ØPerkara 10 memperuntukkan kebebasan kepada semua warganegara untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan tetapi parlimen boleh mengenakan sekatan difikirkan perlu demi mrnjaga keselamatan

5. Kebebasan Beragama
ØPerlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, namun setiap warganegara Malaysia berhak mengamalkan agamanya sendiri
ØUndang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam
ØDi Sabah dan Sarawak, undang-undang negeri yang ingin menyekat apa-apa agama, iktikad dan kepercayaan dalam kalangan orang Islam berkhendaki undi sebanyak 2/3 daripada jumlah bilangan anggota Dewan Undangan Negeri

6. Kesamarataan dalam Pelajaran
ØPerkara 12 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan tentang hak mengenai pelajaran
ØTiap-tiap kumpulan agama diberi kebebasan untuk menubuhkan dan menyelenggarakan yayasan-yayasan untuk pelajaran kanak-kanak atau mengenai agama kumpulan itu
ØTidak terdapat perbezaan semata-mata sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan yayasan itu
ØTidak seorang diwajibkan menerima apa-apa ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang bagi sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri
7. Hak untuk harta
ØPerkara 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tidak seorang boleh dilucutkan hartanya, kecuali menurut undang-undang


4.5 Kesimpulan
ØKesimpulannya, kita telah didedahkan dan dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang Perlembgaan Malaysia
ØPerlembagaan tersebut berjaya melicinkan pentadbiran dan mewujudkan keamanan negara
ØPelembagaan merupakan tunjang perpaduan kaum di Malaysia
ØPerlembagaan juga dasar pembentukkan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia
ØSistem demokrasi di Malaysia sangat berbeza dengan negara lain oleh kerana terdapatnya peruntukan peruntukan utama yang tertentu

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

4.0  PENGENALAN
*Tanah Melayu telah mengamalkan pemerintahan masing-masing.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan undang-undang laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka.
Negeri-negeri yang lain mengamalkan adat tradisional iaitu ;
(i) Adat temenggung   (ii) Adat Perpatih
Mementingkan adat dalam kehidupan mereka
Mewujudkan sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat.
Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah tanah melayu mencapai kemerdekaan
Dikemaskinikan setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia.

4.1 DEFINISI PERLEMBAGAAN
*Prinsip-prinsip  asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu.
*Diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub  didalam undang-undang,adat atau peraturan yang lazim dipakai.
#Cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagihkan antara institusi kerajaan sama ada di :
(I) Pusat  atau (II) Peringkat Tempatan
Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.
Untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara
Sebagai garis panduan pembentukan undang-undang
Memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.

  4.2 SEJARAH PENGGUBALANPERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malaysia pertama kali dikenali sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada hari Kemerdekaan dicapai.
Bermula dengan penguasaan British ke atas negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang juga dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
Jepun menakluki Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua (1942-1945)
British kembali menduduki Tanah Melayu dan memperkenalkan satu bentuk pemerintahan yang baharu, iaitu Malayan Union pada April 1946.
Mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. Penentangan ini menyebabkan British memperkenalkan bentuk pentadbiran yang baru iaitu Perjanjian Persekutuan 1948
Kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang Pesuruhjaya Tinggi British, sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan

*Majlis Perundangan  mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi british.*lahirlah satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu yang berkuat kuasa pada 1 Febuari 1948. Dikenali sebagai Perlembagaan Persekutun Tanah Melayu 1948.•Kerajaan pemerintah telah menuntut agar pihak penjajah British mengadakan satu Persidangan Perlembagaan di London.

4.2.1 PERANAN PERLEMBAGAAN
Maksud
Menjamin riwayat sesebuah negara bangsa sentiasa relevan dengan perubahan zaman.

Peranan : 
Mewujudkan pemerintahan yang adil
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
Alat penyelesaian masalah.
Mengekalkan riwayat negara bangsa
Menjaga kestabilan negara.

4.2.2 BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN
PERLEMBAGAAN BERTULIS
*** Merupakan bentuk yang dikumpulkan dan disusun dalam sebuah dokumen.

PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS
*** Merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen.

4.3 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* Keluhuran perlembagaan juga terdapat dalam Rukun Negara
Perlembagaan Malaysia merupakan :
1 . Undang-undang utama persekutuan
2. Ketertinggian perlembagaan
3. Pindaan Perlembagaan
4. Hubungan antara perlembagaan Negeri & Perlembagaan persekutuan.

4.3.1 UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN
1.Perlembagaan ialah undang-undang utama persekutuan.
2. undang-undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan :
(i) Undang-Undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas hak yang disebut dalam perkara 9(2) tetapi tidak berhubungan dengan perkara-perkara yang disebut dalam perkara itu atau….
(ii) Undang-undang iu mengenakan mana-mana sekatan yang disebut dalam perkara 10(2) tetapi sekatan itu tidak disifatkan  perlu atau sudi manfaat oleh parlimen bg maksud yang disebut dlm perkara itu

4.3.2  KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
•Perlembagaan merupakan kuasa tertinggi.
•Sebagai rujukan rakyat dan pemerintah.
•PARLIMEN
•Tentukan kuasa perundangn kerajaan persekutuan pada satu pihak dan kepada tiap-tiap buah negeri pada pihak yang lain.
•PERLEMBAGAAN
•Tentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan  Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya.
•KEDUDUKAN YDPA
•Ketua Negara.
•Ketua perundangan. Ketua pentadbiran, Ketua kehakiman
•Raja berpelembagaan
•KUASA PERUNDANGAN
•Kuasa tertakluk kepada sekatan-sekatan oleh perlembagaan
•KEBEBASAN ASASI
•Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
4.3.3 PINDAAN PERLEMBAGAAN


( 1957, 1982 Perlembagaan Malaysia dipinda )
PERKARA 159
    Sesetengah perkara boleh dipinda dengan      suara majoriti 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen tanpa perseujuan sesiapa dari luar Majlis Parlimen.

PERKARA 161 (E)
Sesetengah perkara mempunyai kepentingn bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen, jika ia dipersetujui oleh Yang Dipertua mana-mana negeri.

PERKARA-PERKARA YANG PERNAH DIPINDA
1.Pemisahan singapura
ü pemisahan mana-mana wilayah Malaysia adalah dilarang oleh Pelembagaan
üpindaan dibuat dengan 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat meyokong pindaan ini
üpada bulan September 1963, Singapura dikeluar dari Persekutuan Malaysia
ü
2. Mengenai gender
ü artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi memasukkan perkara gender supaya tiada lagi sebarang undang-undang atau dasar yang mendiskriminasikan wanita
ümemastikan tidak ada diskriminasikan antara jantina di negara ini
3. Kekebalan Raja
ükerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa yang dianggap kekebalan atau imuniti raja-raja
üpindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian raja-raja daipada tindakan undang-undang sudah tidaklagi dengan aliran zaman .
4.    Kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau Kedudukan Raja
i.Yang di-Pertuan Agong hendaklah behenti menjalankan fungsinya sebagai Agong apabila menghadapi tindakan undang-undang . Sekiranya raja menghadapi tindakan undang-undang, raja hendaklah berhenti menjalankan fungsi baginda .
ii.dalam tempoh raja berhenti menjalankan fungsinya, seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalankan tugas raja negeri tersebut .
iii.Jadual Kelapan Perlebagaan Persekutuan perlu dipinda
5.    Pengurusan Bekalan Air
üpindaan Perlembagaan Persekutuan membolehkan kerajaan Persekutuan mengawal selia pengurusan bekalan air pada peringkat negeri, kecuali Sabah dan Sarawak
üakan memastikan pengurusan air dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan
ü
6.    Kes Rogol
übeberapa undang-undang kes rogol telah dipinda untuk meningkatkan keberkesanaan serta tahap keadilan bagi si mangsa
üia termasuk menaikkan tahap umur bagi Statutory Rape daripada16 tahun kepada 16 tahun



TATACARA PINDAAN PERLEMBAGAAN


terdapat beberapa proses yag terlibat sebelum sesuatu ruang undang-undang dipinda
undang-undang yang dipinda perlu dibahaskan di Dewan Parlimen terlebih dahulu
menurut prosedur, rang undang-undang dihantarkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan
setelah menerimanya, Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan yang mempunyai dua pilihan, iaitu:
vbaginda memberi perkenan kepada rang undang-undang tersebut dalam tempoh 3 hari
vbaginda memulangkan semula kepada Parlimen dengan menyatakan sebab rang undang-undang tersebut tidak diperkenankan untk dipertimbangkan semula untuk diubahsuaikan oleh Parlimen

4.3.4 Perlembagaan Persekutuan dan Negeri

PERLEMBAGAAN NEGERI
- Mengandungi 183 perkara yang menyentuh aspek kebebasan asasi,kuasa dan kedudukan YDPA, keistimewaan raja-raja Melayu dan hak orang Melayu,soal bahasa Melayu, agama, kewarnegaraan, kehakiman.
- Ciri-ciri perlembagaan:
# Melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan 
# Mempunyai raja berperlembagaan
# Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
# Agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan
# Memperuntukkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan

Perlembagaan Persekutuan
ØSenarai Persekutuan
üHal ehwal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang jenayah dan sivil, kewarganegaraan dan lain-lain.
ØSenarai Bersama
üBadan perundangan negeri membuat undang-undang selagi tidak bertentangan dengan undang-undang persekutuan.
ØSenarai Negeri
üMeliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri.

Perlembagaan Negeri
* Perkara 71(1) Perlembagaan Persekutuan- Memperuntukkan kerajaan Persekutuan menjamin hak raja sesebuah negeri untuk mewarisi dan memegang,menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan negeri itu mengikut Perlembagaan negeri tersebut.* Perkara 71(3) Perlembagaan Persekutuan Malaysia- Jika parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam perlembagaan sesuatu negeri tidak dipatuhi,walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini, parlimen boleh membuat undang-undang supaya peruntukan itu dipatuhi* Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan tiap-tiap Perlembagaan Negeri mesti mempunyai peruntukkan tetap.* Dua peruntukan utama:- Bahagian I - Peruntukan tetap dan peruntukan kewangan- Bahagian II -Peruntukan sementara

PINDAAN PERLEMBAGAAN NEGERI 
1.Peruntukan-peruntukan Perlembagaan Negeri boleh dipinda oleh undang-undang negeri,tetapi tidak boleh dipinda dengan cara lain.
2.Warisan takhta kerajaan dan kedudukan para pembesar Melayu tidak boleh dipinda oleh badan perundangan negeri.
3.Sesuatu rang undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Negeri selain :
Apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang yang memperuntukkan bilangan ahli yang dilantik bagi badan perundangan negeri.
Apa-apa pindaan yang akan menyelaraskan Perlembagaan Negeri dengan mana-mana peruntukan perlu yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan Malaysia
4.Kesemua perkara berikut tidak boleh diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kecuali undang-undang itu disokong pada bacaan kedua dan ketiga dan memperoleh undi sebanyak 2/3 dari jumlah ahli.Perenggan (a) dan (b) tidak memerlukan kelebihan undi 2/3.

4.4 Peruntukan Utama dalam Perlembagaan
4.4.1 Bahasa Melayu
Ø Bahasa melayu menjadi lingua franca sejak zaman kegemilangan sultan melaka
ØBahasa melayu digunakan oleh semua padagang dari serata dunia
Ø Pada zaman penjajahan British, pengunaan bahasa melayu semakin merosot malah bahasa inggeris lebih diutamakan dalam bidang pentadbiran dan pendidikan
Ø Selepas 10 tahun, parlimen telah menggugurkan peruntukkan sementara melalui akta Bahasa Kebangsaan 1967
Ø Akta ini tidak digunakan di negeri Sarawak dan Sabah
Ø Akta ini disemak dari akta bahasa kebangsaan 1963
Ø Akta ini dekenali sebagai akta bahasa kebangsaan 1963/1967

4.4.2 KEDUDUKAN ISTIMEWA RAJA-RAJA MELAYU
ØSejarah majlis Raja-raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-raja bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1 Julai 1896 bagi mambincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama dengan pemerintah inggeris
ØMesyuarat pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu atau dekenali sebagai DURBAR telah diadakan pada 13-17 Julai 1897 di Istana Negera, Bukit Chandan,Kuala Kangsar, Perak
ØRaja-raja melayu yang hadir ialah DYMM Sultan Idris Murshidul Aadzan Shah (Perak), DYMM Sultan Abdul Samad (Selangor), DYMM Tunku Muhammad (Yand di-Pertuan Besar Negeri Sembilan) dan DYMM Sultan Ahmad (Pahang)
ØNegeri Sabah dan Sarawak juga menjadi ahli apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963
Ø Mesyuarat Majlis Raja-raja yang pertama selepas mencapai kemerdekaan telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 1957 dipengerusikan oleh DYMM Sultan Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hasan Jamalullai ( Raja Perlis)
ØMajlis Raja-raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut perkara 38 perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja dan Yang Dipertuan Negeri bertemu dan berbincang
ØDalam beberapa perkara tertentu, perlembagaan persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya mendapatkan nasihat daripada Majlis Raja-raja  

FUNGSI UTAMA MAJLIS RAJA RAJA
ØMemilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi persekutuan mengikut peruntukkan dalam jadual liga
Ø Menpersetujui atau tidak dipersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan
Ø Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberikan nasihat mengenai apa-apa lantikkan yang menurut perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja
Ø Melantik anggota anggota mahkamah khas di bawah Fasal (1) Perkara 182

KUASA BUDI BICARA
ØPerkara 38(6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa apabila Majlis Raja-raja membincangkan perkara-perkara yang berikut, raja-raja boleh bertindak mengikut budi bicara mereka untuk
ümemilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya atau memilih atau memecat Timbalan Yang di-Pertuan Agong
ümemberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan
ümemperkenalkan atau tidak memperkenalkan apa-apa undang undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistemewaan, kedudukan, kehormatan atau kebesaran raja-rajA

KEAHLIAN DAN MESYUARAT
ØSemua raja dan Yang Dipertua Negeri secara automatik menjadi ahli Majlis Raja-raja
ØYang Dipertua Negeri tidak boleh menjadi ahli Majlis Raja-raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan keistimewaan raja-raja
ØPengerusi bagi mesyuarat Majlis Raja-raja adalah dipegang oeh kesemua sembilan orang raja melayu secara bergilir-gilir
ØPenyimpan Mohor Besar Raja-raja hendaklah memanggil mesyuarat Majlis Raja-raja apabila dikhendaki berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis ataupun tidak lewat daripada empat minggu sebelum habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong atau timbalannya

4.4.3 ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN DAN KEDUDUKAN AGAMA LAIN
ØBatu bersurat Terengganu ditemui di Kuala Berang, Terengganu dan bertulisan jawi
ØPerkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan agama lain bebas mengamalkan agama mereka
ØRaja/ sultan - ketua agama Islam
ØYDPA - ketua agama islam - Melaka, P.Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak
ØMjlis Raja-raja - ketua agama islam tujuannya adalah: 1)tentukan hal mengenai agama islam  2)penentuan tarikh mula puasa dan tarikh 1 syawal  3)diperuntukkan dalam perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Kewarganegaraan secara kemasukan naturalisasi
Ø-individu/warganegara asing yang berusia 21 tahun ke atas dan berminat mnjadi warganegara boleh bermohon
Øsyarat dan peraturan:
telah menetap di persekutuan Malaysia 10 tahun daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan
berniat jadi pemastautin tetap Persekutuan Malaysia
tingkah laku baik
berpengetahuan bahasa melayu

4.4.5 Hak Istimewa Orang Melayu, Bumiputera dan Hak Kaum-kaum Lain
ØOrang Melayu merupakan penduduk asal negara in dan rentetan dari sinilah nama Tanah Melayu terbentuk
ØMenurut Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:
a)seorang yang beragama Islam
b)bertutur dalam bahasa Melayu
c)mengamalkan adat istiadat Melayu
d)lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura
ØBumiputera di Sabah dan Sarawak tergolong menerima keistimewaan seperti orang Melayu di Tanah Melayu
ØAntara hak keistimewaan orang Melayu ialah:
perkhidmatan
ekonomi
pendidikan